Kata-kata mutiara , quotes islamik dan dakwah dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
ASSALAMUALAIKUM WBT.
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA BLOG KAMI :)
Jom kita berdakwah dan sama-sama masuk syurga
Allah yea...
Mudah-mudahan apa yang kami sampaikan melalui
quotes islamik, kata-kata mutiara, nasihat serta dakwah ini
akan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Dan semoga Allah sentiasa memberikan rahmat serta
petunjuk kepada kita di dunia dan di akhirat...in shaa
Allah...aamiin ya rabbal alamin
Ikuti kami di twitter dan instagram SinaranIlahi
niat itu yang penting sebenarnya...
|
Niat itu seperti alamat...jikalau salah alamat maka akan
Sampai ke salah tempat...
Niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat.
Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan
Kepada Allah atau kepada yang lain selain Allah.
suatu amalan kecil akan menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar
akan menjadi kecil kerana niat.
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya
Niat adalah teras segala amalan.
Dan dengan niat jugalah kita dapat tahu apa yang perlu
Kita lakukan untuk membina masa hadapan |
Terima kasih kerana sudi baca
Kata-kata mutiara , quotes islamik dan dakwah
dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
Sabar itu separuh daripada iman
|
Antara salah satu sikap terpuji yang sangat dianjurkan Islam ialah sabar.
Sabar berlaku dalam pelbagai keadaan, sabar
apabila marah dan ditimpa musibah.
Sabar menahan hawa nafsu supaya tidak melanggar larangan Allah.
Bahkan, melakukan ibadah juga memerlukan kesabaran.
Memiliki sifat sabar dan syukur sangat penting.
Manusia merancang, Allah menentukan.
Ada masa gembira dan ada masa duka.
Pepatah Melayu ada menyebut ‘hidup tidak selalunya indah’.
Allah memberi panduan kepada manusia supaya tenang dalam apa
keadaan baik gembira mahupun duka.
Seorang manusia apabila ditimpa sesuatu musibah sama ada besar
atau kecil lalu dia bersabar dan ingat kepada Allah
serta yakin bahawa apa yang ditetapkan Allah kepadanya
mempunyai hikmah, dia akan menjadi tenang.
Jadi kekalkanlah sabar dalam diri
Kerana hati itu layak untuk tenang bukan dendam
Terima kasih kerana sudi baca
Kata-kata mutiara , quotes islamik dan dakwah
dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
Jangan sesekali kenal erti putus asa
|
|
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,
ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak
pernah ditimpa musibah.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT
mempunyai rahsianya tersendiri,
sama ada Allah hendak tambah iman kita atau
hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang
membuka mata hati kita, yang mendidik
kita supaya jangan mudah
putus asa dalam kehidupan
ujian juga dapat mematangkan kita.
Jadi janganlah kita berputus asa
Teruskanlah perjuangan.
Bangun dan bangkitlah semula
Kerana sebaik sahaja kita berputus asa,
Susah untuk kita bangkit semula
Terima kasih kerana sudi baca
Kata-kata mutiara , quotes islamik dan dakwah
dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
|
Banyak nikmat Allah yang kita lupa
|
Dalam kehidupan kita, terlalu banyak nikmat
yang Allah berikan kepada kita.
Antara sedar dan tidak sedar, nikmat yang kita dapat terlalu banyak.
Nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat
rezeki,nikmat keamanan dan sebagainya.
kadang-kadang kita ini insan lemah
yang mudah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah. |
Malulah jika kita tak mampu menjadi hambaNya yang bersyukur.
Rasulullah SAW, manusia yang paling mulia di bumi Allah
ini pun bersolat malam sehingga bengkak kaki dan
tatkala ditanya oleh Saidatina Aishah mengapa berbuat sedemikian lantas baginda menjawab:
‘ …tidak bolehkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur.’
Jangan kufur nikmat.
Semua ini hanya dipinjamkan sementara sahaja dan
anytime je Allah boleh tarik balik nikmat yang ada pada kita
Jadi, jangan bongkak dan sombong.
Siapa kita nak bongkak dan sombong, kita ini hanya hamba.
Kita buat salah pun, Allah still bagi chance untuk kita bertaubat
dan bagi perkara-perkara baik untuk kita.
Luasnya kasih sayang Dia dan rahmatNya untuk kita.
Fikir-fikirkanlah.
Terima kasih kerana sudi baca
Kata-kata mutiara , quotes islamik dan dakwah
dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
Jangan suka mengumpat
|
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain
akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara
yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan
mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya,
maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,
meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dosa mengumpat bukan saja besar,
malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat bukan saja besar,
malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Jadi hati-hatilah ketika bercakap
Jangan sampai mulut kita ini menjadi
Musuh kita di akhirat nanti...
Allahu rabbi...Minta2 dijauhkan
Terima kasih kerana sudi baca
Kata-kata mutiara, quotes islamik dan dakwah
dari SinaranIlahi & HanyaAllahYangTahu
Ikuti kami di twitter dan instagram SinaranIlahi |